Monday, 29 July 2013

Umi Abah , tunggu saya !

Aku tiap-tiap hari boleh dikatakan menghitung hari nak balik ke kampung halaman , nak raikan minggu terakhir Ramadhan bersama-sama keluarga tercinta . Aku rindu mereka , aku rindu ! *lap airmata . Hari2 aku call diorang , memang kalau kita bercakap dengan jantung hati *family tidak akan rasa bosan dalam diri kita . Macam-macam cerita yang kami kongsi , maklumlah dah nak dekat dua bulan kami tak jumpa .Kadang-kadang waktu call tu ,rasa macam dah takde modal nak cakap apa entah ,heheh . Aku tak sabar nak balik , nak sambut Aidilfitri bersama-sama tersayang , walaupun dua keluarga kami telah menghadap Illahi beberapa minggu yang lepas , tapi kami tetap akan ingat mereka sampai bila-bila . #al-fatihah . Kami kuat dan kami mampu untuk lalui semua ini . Aku kehilangan atuk dah rasa macam #separuh jiwaku pergi ,tapi aku tak tahu macam mana perasaan orang lain yang kehilangan kedua ibubapa mereka , yang kehilangan ayah , mak . Aku tak tahu . :")
Mungkin raya kali ini , bersederhana je kut .
Haishhh ~ apa la agaknya mereka tengah buat sekarang yea dekat WK tu , aku nak call tapi sibuk dengan assignment yang hampir2 nak siap ni , dah tu kena submit kejap agi .hehe . insyaAllah masih boleh siap . :) Usaha tangga Kejayaan ,bukan ? =D
STRIVE FOR SUCCES FATEN :)
~2/08/2013 . insyaAllah tarikh ini bakal membawa aku untuk balik ke kampung aku . =D

Sunday, 28 July 2013

coretan dipetang hari

 hei , apa habaq ? hangpa semua sihat dak ? kami kat sini sihat2 saja .Malah bertambah sihat . Agak2 bila la ye berat badan aku yang tak normal ni nak jadi berat badan ideal ? Sedih tau bila tengok orang lain pakai baju comel2 je . *baju aku xcomel ke ?  . Aku pun nak comel jugak . *aku hodoh ke ?
heheh ,takde la .Aku nak pakai baju yang style jugak , macam baju apa remaja wanita pakai sekarang , PEPLUM  kalau tak silap aku .Haishh , macam-macam nama dah baju sekarang ni . Aku sampai tak sempat nak ikut dah trend baju sekarang . Duit beb duit .Serious , aku xpandai nak manage kewangan . Pantang duit banyak ,ada je barang yang aku nak beli ..
comel je kan baju ni ? nak pakai untuk raya ,:(
aku suka pink ;D
Tadi aku baru je outing dengan kawan aku, dekat bandar Arau ni haaa. Kenapa shopping complex kat sini tak sama dengan tempat aku ? hahaha . *serious jahatnye aku ..Takde laa , gurau je .. Aku macam malas je nak kuar tadi , sebab tu pandai2 lah fikir ye . Kalau dah nama pun outing mesti la duit pun kena outing sekali . PTPTN ada , apa susah ? #bermonolog sendiri .. amboi .. duit tu bukan untuk berfoya2 yea adik2 kakak2 abang2 .. Nanti tak pasal2 lepas raya ,aku pokai .Banyak jugak habis tadi ,tapi takde la sampai 1K . hikhik ... Dah banyak pulak aku merepek ni . aku stop dulu yea . #jangan lupa solat asar . :)
#SELAMAT BERBUKA PUASA =D

Friday, 26 July 2013

English Language

                 oink , oink ... hello ! how are you today ? i hope you all in a good condition. dah breakfast ? opsss ,lupa , kita kan sedang berpuasa . haishhh... Kita kita jangan cuba nak cari alasan tak nak puasa eh , ingat ,puasa pada bulan Ramadhan itu WAJIB , :)  can i speak in english ? hahah...
tahu tak kenapa aku buat entry dengan tajuk "English Language " ? hummmmmmm *angkat kening ..
Sebenarnya , aku minat BI , aku cuba untuk speaking ,tapi kalau siapa yang tahu dan yang dah kenal lama dengan aku ,mungkin diorang tahu apa sebab aku susah untuk latih diri aku bercakap dihadapan orang dengan bahasa tersebut . Aku takde la pandai sangat ,sampai orang kata apa A-Level .. tak pun ,aku manusia macam korang jugak ,heeee . tak banyak sangat grammar aku yang aku boleh faham , kadang-kadang malu jugak bila orang yang pandai speaking ni dengar kita speak , tambah kalau grammar kita tertunggang langgang . Malu k Malu ! Aku nak belajar bahasa asing , aku nak sangat .tapi aku takde keyakinan diri yang tinggi . Macam ni ke bakal Surveyor ? #yeaahh ,aku kena bangkit , aku harus bangun daripada lamunan , lari dari keyakinan diri yang rendah . # semua orang nakkan pengalaman , sebab pengalaman itulah boleh mengajar kita erti kehidupan , boleh membantu kita untuk melakukan sesuatu dan dapatkan sesuatu dengan lebih mudah .. Bila fikir pasal study , aku takut . aku takut tak mampu nak catch up apa yang diajar . Aku mohon Doa daripada kalian , semoga aku dikurniakan keyakinan diri yang tinggi dan masih mampu untuk mencari ilmu Allah yang tak terkira nilainya ini ..last week ,aku dah kena speaking practice dengan group aku .perghhhhhhhh~ punya lah pendek aku punya explanation .. insyaAllah , i will try do the best for Speaking test after Raya . :) i need a supporter . i need who can support me from back .can you ?
Nothing is Impossible :)


SEBAK

 tetiba aku tersentak baca status kakak ni . " hatiku sayu bila terdengar lagu raya ,aku rindu " . Ya Allah , betapa rindunya aku dengan mereka yang sentiasa mendokong aku daripada belakang , mereka yang selalu memberi kata-kata semangat ketika aku lemah tak berdaya . Alhamdulillah , harini genap 18 hari kita berpuasa . Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi boleh melalui bulan yang mulia ini dengan lancar . Jangan pernah mengeluh kawan bila kita diuji , dicabar , kerana disebalik semua ini akan ada hikmah yang Allah cuba bagi untuk kita . Kita cuma lalui semua ini dengan sabar dan orang yang sabar itu adalah orang yang berjaya ! :D.

      Pada bulan Ramadhan ini jugak , keluarga aku diuji , diuji dengan ujian yang aku rasa sangat berat untuk kami terima .Memang perit bagi kami  ! :") Kami kehilangan dua insan yang kami cintai , yang kami sayangi , mereka yang banyak menghiburkan hati kami ketika kami jatuh , ketika kami susah . Ya Allah ! terlalu berat untuk kami lalui semua ini . Aku mendapat panggilan daripada kakak aku .
"tiqah : faten , ayah jatuh .Dia tak sedarkan diri ,
aku : haaaaaa ? kat mana ? kenapa boleh jatuh * berderai air mata , ketika ni aku dekat bazar               
Ramadhan *
 tiqah : dekat kolam ikan dia la , *menangis
aku : okey , xpe la , nanti pape kau col aku ,

selang beberapa minit , dia col aku balik kata ayah meninggal . ya Allah , luluh hati aku . saat ni aku cuma teringat macam mana perasaan umi , mek , anak2 arwah dan keluarga terdekat beliau .
Aku teringin sangat nak balik , nak tengok jenazah arwah , nak tengok beliau untuk kali terakhir . tapi aku xmampu . Aku ada test , aku xboleh nak balik . :")


JAM 5.00 a.m. : aku dapat col daripada kakak aku lagi .
pakcik aku pulak yang meninggal . ujian apa ini ya Allah ? dua orang sekali gus pergi menghadapMu ? emmmmm , speechless pagi tu , hati ini hanya Allah je yang tahu .. saat2 macam ni la aku patut bersama keluarga aku ,tapi ....................... aku xmampu ! :") Allahu Allah . kami terima dengan redha dengan kehendakMu .sesungguhnya daripadaMu kami datang dan kepadaMu juga lah kami kembali .
#semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman . AL-FATIHAH #

Thursday, 25 July 2013

kami pun ada hati

                              Sedih k sedih ..




Allahu ! Allah . manusia dengan masalah memang tidak boleh diceraikan .. Sumpah aku penat dengan semua ini Ya Allah . aku tak kuat , aku letih , kekuatan aku hilang , :( lepas satu satu masalah datang . aku penat ~ kuatkan aku Ya Allah . masalah dengan kawan , masalah dengan assignment yang still tak jumpa maklumat , mana pergi kekuatan aku yang dulunya kuat ? bantu aku . aku buntu .
  Dulu bila aku sedih , aku ada kawan-2 yang sentiasa bagi kata-kata semangat , sapu air mata aku bila aku menangis . tapi masuk alam Universiti , dunia aku berbeza . aku pelik , dunia apa aku masuk ni ? apa yang aku perlu lakukan ? kenapa mereka2 kat sini macam2 perangai ada ? Ya , aku akur , aku kena buang  sikap aku yang suka berfikiran negatif ni ,macam mana aku nak bangkit kalau hari-hari aku fikir buruk2 .... Aku perlukan tempat mengadu , aku perlukan umi abah untuk aku mengadu , aku perlukan mereka dan mereka . :( Ya Allah , aku nak balik , aku rindu keluarga , aku rindu mereka yang dulu . 26/7/2013 , adalah hari yang paling aku kecewa , serious aku kecewa . tolong la jangan buat aku dengan dia rasa macam "useless" . Awak tak tahu macam mana hampanya hati kami tadi dengan kata-kata awak , tapi sikit pun awak tak kisah kan ? ye , kami bodoh  , kami tak bijak . tapi jangan la abaikan kami . Kami pun perlukan geng , perlukan orang yang lebih dewasa untuk bimbing kami .
#aku dengan dia sanggup batalkan semua temujanji sebab tak nak menyerabutkan diri # :D

semoga kami tabah :)


Wednesday, 24 July 2013

sahabat

                                            SAHABAT



    Sahabat ? mana pergi semua sahabat aku ? kawan aku ? mereka yang selama ini banyak
menghiburkan hati aku , *bila hati berbicara * . Ya , aku tahu semua orang ada kawan dan sahabat
masing2 , tapi boleh ke korang nilai mana yang betul2 boleh kita buat mereka tu sedemikian ?
 Kadang2 aku rasa hidup ini kosong , terlalu kosong . #KOSONG ,KOSONG ,KOSONG =najwa
latif...Okey . aku pun ada kawan , dan ada yang aku boleh anggap mereka itu Sahabat aku ,
apa2pun makna kawan dengan sahabat sangat berbeza .. susah kot sekarang nak cari mereka yang
betul-betul boleh ada untuk kita dikala susah dan senang . tapi sebelum tu ,jangan nilai orang
daripada luaran okey ? bak kata teacher aku " Don't jugde a book by it's cover " . so , kita kena dekati
mereka dulu , faham isi hati masing-masing , ~cewahhhh ! macam nak couple pulak ~ .hahhaha
.Serious aku rindukan mereka . mereka yang dekat bawah ni haaa . Mereka yang suka care , suka buat
lawak , and yang paling penting kawan2 aku ni gila posing . hehhehe ... so , scroll down please :

                                                   #aku , ngoh,uyu,miming,yang,lieyna #
sahabat insyaAllah dunia akhirat .

                                          aku dengan Lieyna . BFF OKEY ? :d

encik Parabola ,coordinate Geometri

                                                      ~ QUIZ , QUIZ , QUIZ ~



  hai korang , sihat ? ada yang sakit ke ? meh sini meh nak tolong rawat ,, sebelum tu , salam 
Ramadhan yang ke 17 , Alhamdulillah , hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup 
udara di atas dunia milik Allah S.W.T. ini . # belajar bersyukur la ye sayang2 semua # .. emmmmm . 
nampak tak tajuk fokus aku untuk entry kali ini ? ~scary k scary . Sebenarnya hari ini aku ada quiz 
math 133 , untuk lebih detail , pre calculus punya subjek .. wahhhhhh , hebat tak , ? HAHHA . nama 
lagi calculus , otak pun kena betul2 pro lah ... serious , aku tak berapa nak mahir dalam subjek kira2 , 
tapi apakan daya , aku cuba sedaya upaya untuk bangkit .. maklumlah ,aku sekarang dialam 
Universiti , bukan lagi zaman budak2 sekolah .. so , study tetap kena study and yang paling penting , 
FOCUS !!!!!!. Budak lelaki kelas aku memang otak gila2 "TERER" math . aku jealous . bila aku nak 
jadi macam diorang ? :") ~hmmmmmmmmmmmm~ 

              Hari ni quiz math cuma masuk topik Parabola dan Coordinate Geometri ~wahhh , siap 
Bold lagi .heheh....Parabola memang aku tak dapat nak catch up waktu Madam tengah mengajar , 
haihhh . nak kata tak fokus , dah fokus dah . tapi ......... hummmmm . #thinking . ! 
^yeahhh , bangkit faten , jangan cepat nak mengalah , ingat umi abah yang menaruh harapan tinggi 
untuk lihat awak berjaya ^. 
 Talk to myself . 

           Semalam dah study dah dengan budak genius Math ni , #Alya dengan jiey ung . # Alya dah 
sampai  tersengguk ajar kitaorang , hehehhe , ~Sorry taw . Uishhhh , semalam aku bukan main kunci 
jam , ingat nak bangkit dari katil pukul 4 untuk study subjek ni , tapi nasib tidak menyebelahi . "bila 
la agak2nya aku nak tepati masa aku dengan alarm clock ni "....
Okey la , setakat ni dulu aku berkata2, nanti aku sambung lagi k .Doakan aku untuk hari ini dan hari- 
hari yang seterusnya :)
yeahhh ! aku suka kata2 ni . boleh naikkan semangat kita . :) 


Tuesday, 23 July 2013

salam perkenalan

Assalamualaikum , adik2 , kakak2 , abang2 ,pakcik2 ,makcik2 , tuan2 dan puan2 , #skema gila pembuka bicara aku # hahha . 
Syukur Alhamdulillah ,hari ini aku masih lagi diberi peluang untuk terus mencari hala tuju hidup di atas bumi Allah S.W.T yang indah nian ini .
jomm , aku perkenalkan diri aku dulu , nak tahu tak sape aku sebenarnya ? adakah alien ? hantu ? emmmmmmmmmmm. #jom tenung . okey ! let's me introduce myself , jap2 , sape yang rasa buang masa je ambil tahu pasal diri aku , boleh keluar dari sini , heeeeee ~ aku tak kisah , 
okey , jom sambung .. 
                                                 
siapakah beliau ? dari mana datangnya beliau ? 
                                 
      Nama : Nur fatin nasuha
                                           
     Umur : going 18 years old 
                                           
     Asal : Kelantan
                                            
     Tempat Belajar  : UITM ARAUSTRALIA ,PERTHLIS 
                                  (Dip in science geomatic)         
     Hobi : searching and relaxing 
                                             
     Prinsip hidup : mengharapkan Redha daripadaNya dan  
                         
                      semoga  memperoleh kejayaan didunia dan akhirat                                                                            
                     kelak ,#insyaAllah 



~GOODLUCK ~